Alcatraz berada di tengah-tengah perairan San Fransisco
THE ROCK
Al-maklum. Alcatraz adalah nama yang diberikan oleh seorang berbangsa Sepanyol iaitu Juan Manuel de Ayala pada 1775. Alcatraz adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud Burung Undang. Ini mungkin kerana kawasan Alcatraz menjadi habitat spesies tersebut. Alcatraz juga dikenali “The Rock”(filem yang menampilkan Nicholas Cage sebagai watak utama). Alcatraz dibuka secara rasmi sebagai penjara pada 1850-an. Penjara ini terkenal sebagai penjara yang kebal bukan hanya kerana struktur kubunya tetapi kerana penjara ini berada di tengah-tengah perairan teluk San Fransisco. (sama seperti Pulau Jerjak di Malaysia).
BANDUAN BERPROFIL TINGGI
Kalau sudah disebut Alcatraz, ia sangat sinonim dengan nama seorang penjenayah berbahaya suatu ketika dahulu,ia tak lain tak bukan kalau bukan Al Capone. Al Capone terkenal dengan kelicikan,sifat ganas, dan kaki perempuannya. Pernah diberitakan bahawa beliau pernah memukul dengan tongkatnya pada kepala seorang musuhnya hingga meninggal hanya kerana melawan cakapnya.Bergitu kejamnya beliau.
Tak usah diceritakan lagi mengenai Al Capone kerana jalan hidup beliau banyak difilemkan oleh Hollywood seperti Untouchable dan Al Capone.
Selain daripada itu, seorang lagi penjenayah yang tidak kurang hebatnya pernah ‘menginap’ di sini. Beliau yang dimaksudkan adalah Birdman of Alcatraz atau nama sebenarnya Robert Franklin Stroud. Nama timangan yang diberikan kepada R.F. Stroud adalah ketika di penjara Leavenworth lagi. Ini adalah kerana sifat penyayang beliau kepada burung.
Malahan beliau semasa di penjara, beliau pernah menulis beberapa buku mengenai burung iaitu Diseases of Canaries dan Stround’s Digest on the Diseases of Birds. Di sini juga beliau diberikan pelbagai alatan di dalam sel beliau untuk melakukan kajian mengenai barung.
Walaubagaimanapun, semasa di tukarkan ke Alcatraz beliau gagal menyakinkan pihak penjara atas beberapa sebab iaitu bahan kimia yang digunakan mungkin akan digunakan untuk tujuan penglolosan daripada sel dan juga masalah kebersihan di dalam sel. Daripada segi seksualiti, beliau berbeza dengan Al Capone kerana beliau adalah pengamal homoseksual!. Walaubagaimanapun, beliau memilik I.Q yang tinggi iaitu 134!.
Birdman of Alcatraz
MISTERI
Sesuai tempat yang penuh dengan kejahatan dan duka nestapa, Alcatraz diselubungi 1001 misteri yang sukar diungkapkan. Malahan ia bergitu menghantui setiap warder-warder penjara Alcatraz sepanjang malam. Dicerita oleh seorang warder penjara di Alcatraz selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.
“Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka dalam bilik itu merenung saya. Saya tidak tahu ia apa. Kadang-kadang saya diselubungi ketakutan yang keterlaluan,” katanya.
Bergitu juga ‘hantu’ Al Capone. Di akhir usia Al Capone, beliau sering bermain banjo di dalam bilik air kerana takut apabila berada di luar sel, beliau akan di bunuh oleh musuh beliau semasa menjadi gangster dahulu. Akan tetapi setelah beliau meninggal dunia kerana penyakit Sifilis, bunyian banjo di dalam bilik air sentiasa kedengaran kepada mereka yang ‘bertuah’.
Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Banyak gangguan paranormal berlaku di sel ini. Antara yang terkenal adalah seorang banduan terbunuh dipercayai akibat gangguan misteri dari sel berkenaan. Beliau ditemui mati pada waktu pagi setelah pada malamnya banduan malang ini seperti meracau-racau dan menjerit ketakutan.
Sehingga kini, misteri dan gangguan paranormal di penjara yang dikenali juga ”Tempat Kejahatan’” ini masih lagi berlaku terutama kepada pelancong yang datang melawat Alcatraz miskipun pada waktu siang.
DITUTUP
Penjara yang terkenal ini akhirnya ditutup secara rasmi tanggal 21 March 1963 iaitu semasa pemerintah Presiden J. F. Kennedy. Penutupan Alcatraz adalah kerana pembiayaan penyelenggaraan penjara adalah mahal kerana berada jauh dari daratan. Malahan, sampah sarap daripada penghuni Alcatraz memerlukan sistem penglupusan yang fleksibel dan efektif.
Dan bergitulah berakhirnya riwayat penjara yang terkenal di dunia. Sekarang Alcatraz menjadi tumpuan pelancong-pelancong untuk merasai sendiri keperitan banduan-banduan seperti Al Capone, Birdman dan Alvis Karpis semasa menghabiskan sisa riwayat mereka di sini. Dan jika bernasib baik mereka bakal disambut dengan aktiviti paranormal di sini.
No comments:
Post a Comment