BIODATA
Abdul Halim Bin Bistamam (lahir 14 Oktober,1955) di Kampung Pasir Gajah,Parit,Perak.
Beliau kini menetap di Taman Rapat Setia Baru,Ipoh,Perak Darul
Ridzuan.Beliau merupakan seorang Saintis Malaysia yang cukup arif di
bidang sains dan matematik.
Keluarga
Isterinya Inson Yang ialah seorang suri rumahtangga dan mendapat empat anak lelaki dan empat orang perempuan.
Pendidikan
Abdul Halim mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pasir
Gajah,Parit dan sekolah menengah di Iskandar Shah Parit, Perak dan
Maktab Adabi Masriyah,Bukit Mertajam dan seterusnya memasuki Maktab
Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang pada tahun 1977 hingga 1978
Kerjaya Penyelidik Di Bidang Sains Pemikiran.
Beliau memulakan penyelidikan ini secara persendirian semenjak di bangku
sekolah lagi hingga kini dan sering kali mengadakan
perbincangan-perbincangan bertaraf dunia dengan Pemikir-Pemikir di
bidang Sains Fizik contohnya menghadiri:
1)Di Persidangan Kuasa Fikir (Brain Power)di hadapan pakar otak
Amerika Dr.Kenneth Weason yang berlangsung di Pusat Sains Negara.
2)Di World Conference & Exhibition 2006 on training &
Development yang berlangsung di KLCC dengan kerjasama UITM selaku
penganjur persidangan
3) Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di KLCC mengenai masa depan planet bumi.
4)Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa di KLCC
5)Pertemuan dan perbincangan dengan Naib Canselor Universiti Cambridge UK di Sunway College
6)Pertemuan dan perbincangan dengan Angkasawan Negara Syeikh Muzaffar Syukor mengenai Sains Saraf
7))Dialog bersama pelajar-pelajar AERO Angkasa di Universiti Sains
Malaysia di Tronoh dan berita itu telah di keluarkan di dalam akhbar
Utusan Malaysia pada tarikh 30/06/09
8)Perbincangan Dengan Pemenang Nobel di bidang fizik yang juga seorang
Ahli Jawatan Kuasa Penyelidik mengenai tragedi nahas roket Colombia yang
meletup dan mengorbankan tujuh angkasawan Amerika.Beliau yang
dimaksudkan ialah Professor Dr.Doughlas Oserof dari Universiti
Stenford,Amerika.
KISAH 1
Sampai saja di tempat parking ,dengan cuaca yang panas terik, aku
labuhkan kedua kaki untuk terus berjalan … pasar minggu seksyen 13,
sebelah stadium siapa tak kenal. Hari ni sesak sangat. Sebelum aku
mencapai tempe, santan, tahu kering, pesanan isteriku yang katanya nak
buat lontong, aku panjangkan kaki ke gerai-gerai yang membuatkan aku
‘kalut’ . Tak tahu mana satu yang ingin disinggahi.
Dalam langkah yang sedikit terpaksa dek panas yang membakar
kulit, aku tertarik dengan seorang tua yang dikelilingi beberapa orang
sedang menyampaikan sesuatu .
saya dalah profeser fizik kerajaan Malaysia ! ” kata orang tua itu
Baru kali pertama aku berjumpa dengannya….. badan ku seolah dikunci
untuk berdiri di bawah sinaran matahari, mendengar apa yang sedang
disampaikannya.
” think out of the box ” kata orang tua itu
” berfikir dengan otak kanan “
itu adalah antara trademark nya. Pada pagi itu , dia menerangkan kepada semua yang ada tentang sifir.
” sifir yang dipelajari sekolah, adalah sifir menghafal, tak ajak budak berfikir lansung”
Pandangan yang bersifat kontra itu begitu aku setujui. Pandangan beliau
adalah pandangan yang berasas. Semua yang berdiri disekelilingnya,
khusu’ dan adakalanya tergelak. Ada pulak yang mencatatnya. Mungkin ,
nak buat modal mengajar anak-anak, atau student di sekolah.
"Sifir 11 = sifir highway yang antara yang diajar pada pagi tersebut.
kaedahnya adalah kaedah berfikir, aku dah dapat satu ilmu yang boleh
buat modal mengajar di kelas"
Namun, satu persoaalannya ?
Mengapa dia memilih jalan sebegitu ? atau dia tidak diendahkan lansung atas sebab penampilannya, atau ?
aku malas nak fikir, tapi yang aku panas hati, sewaktu beliau memberikan
penerangannya, ada suara-suara beruk yang menyindirnya dengan
macam-macam bahasa. Walaupun pakaiannya tidak sekemas ‘dia’ yang sekadar
menjadi salesman kereta. Tapi maruah dan harga ‘diri’ (salesman itu )
tercela jika nak dibandingkan orang tua yang hanya mengenakan jubah
biru yang lusuh, dan nampak kesan jahitan. Namun, ilmunya begitu tinggi.
” sesungguhnya allah tidak melihat pada batang tubuh seseorang itu, akan tetepi amal kamu dan hati kamu “
orang tua yang saya maksudkan dalam cerita tadi ialah
ABDUL HALIM BIN BISTAMAM
KETUA SAINTIS DUNIA
COVER DEPAN BUKU RM5
nama beliau aku dapat dari senaskhah buku hasil tangan beliau yang
tercatat nama dan gelarannya. Buku photostat yang berharga rm 5, memberi
ilmu dan pengajaran buat manusia bernama hamba. Segala teori yang
diperkenalkan olehnya, begitu masuk akal. Wallahua’lam
sumber muhammadkamal.wordpress
KISAH 2
Saya mengenalinya ketika saya di Tingkatan 4 ketika menuntut di Sek.
Men.Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping Perak tahun 2001. Setiap
minggu kami pelajar-pelajar Seratas akan ke masjid di kawasan Telekom
untuk bersolat Jumaat. Disebabkan saya gemar berjalan kaki pergi dan
balik dari masjid pada hari Jumaat berbeza dengan pelajar lain yang
menaiki bas, maka saya tidak perlu tergesa-gesa supaya tak ketinggalan
bas.
[IMG][/IMG]
Pada satu hari, saya melihat Cikgu Halim atau Abdul Halim Bistamam kali
pertama muncul di masjid itu dan sedang berceramah sambil tangannya
ligat menulis nombor-nombor di papan putih di sisinya. Saya mula
menyelit-nyelitkan diri di celah-celah kerumunan orang yang menyaksikan
ceramah Cikgu Halim. Apabila saya berada di hadapan tubuh Cikgu Halim,
dan saya amat kenal pakaian beliau itu, jubah dan serbannya memang
adalah pakaian Darul Arqam, membuatkan rindu saya pada imej orang Arqam
sedikit lepas sejak Arqam telah diharamkan ketika saya darjah 5 dahulu.
KETIKA MENGAJAR & BERCERAMAH TENTANG MATEMATIK CARA TERSENDIRI KAT SEKSYEN 13 SHAH ALAM. PASAR AHAD.
Namun, bukan pakaian dan imej yang saya rindukan itu yang buat saya
terpaku di depan Cikgu Halim, tetapi buah butir perbicaraannya. Dia
menerangkan beberapa konsep mengira matematik, dan saya cuba memahami
apa bezanya konsep yang Cikgu Halim bawa dan yang saya belajar di
sekolah. Terus terang saya katakan, konsep yang dibawa Cikgu Halim
nampak menarik dan saya sukakan orang-orang yang berusaha mencipta
konsep sendiri tanpa duduk dalam kotak sillabus semata-mata.
Saya mengamati keratan-keratan akhbar yang Cikgu Halim bawa bersama
beliau di dalam begnya yang ada gambar beliau dan beberapa ulasan
wartawan akhbar melayu dan inggeris. Ternyata beliau telah banyak
berusaha untuk menjelaskan akan ilmu yang beliau kaji dan dapat
simpulkan, dan saya secara tuntas, telah mengiktiraf Cikgu Halim adalah
antara ilmuwan yang bersifat ilmuwan dengan sebenar-benarnya. Beliau
mengajar di perkarangan masjid, rumah Allah, beliau berpakaian sunnah
dan beliau mengajar akan ilmu yang beliau kaji sendiri tanpa kopi pasta
dan bukan juga ilmu "burung kakak tua" bak kata Prof Khoo Kay Kim yang
bermaksud hanya mengulang semula ilmu yang disuap.
Saya pulang ke sekolah pada hari itu dengan rasa minat kepada konsep
matematik dengan lebih tinggi. Saya sentiasa mengimpikan diri saya
menjadi seperti Cikgu Halim merantau seluruh pelosok dunia mengajar akan
ilmu yang saya dapati boleh beri manfaat kepada manusia sejagat. Pada
hari itu, saya sedang belajar Logaritma dalam subjek Matematik, dan saya
cuba sehari semalam mencipta rumus matematik saya sendiri dari pelbagai
sifat logaritma sehinggalah saya berjaya ringkaskan rumus logaritma
bagi menukar bentuk log 2 bahagi log 3 dalam bentuk log 5 dengan hanya
satu persamaan.
Saya tunjukkan rumus ringkas saya itu kepada Cikgu matematik saya, dan
beliau katakan rumus saya perlu diuji dahulu. Dan kemudian beliau
iktiraf rumus saya sebagai betul, tetapi tak boleh digunakan dalam SPM
kertas subjektif kerana rumus itu tak menunjukkan bagaimana saya boleh
tukar log 2 bahagi log 3 dalam bentuk log 5 secara jelas. Ia seolah-olah
saya menghafal jawapan saja. Maka cikgu saya menasihati saya jangan
cipta rumus ringkas lagi, dan selalu amalkan cara kerja mengikut
sillabus. Dan saat itu, bertambah bencilah saya dengan pendidikan
berorientasikan peperiksaan di Malaysia.
Oeh itu, pengaruh Cikgu Halim yang mengajar matematik dan fizik di
perkarangan masjid benar-benar kuat dalam membentuk pendirian dan
keyakinan saya untuk menjadi pejuang anti-exam pada hari ini. Saya
mengikuti sistem ini dalam beberapa bulan saja lagi sebelum saya akan
bebas dan boleh memproses diri saya dengan sistem pendidikan saya
sendiri. Saya boleh mencipta rumus matematik, fizik, boleh keluarkan
pelbagai teori-teori sains dan boleh cipta pelbagai gadget saya sendiri
tanpa ada sesiapa akan kata "ini salah , tak ikut sillabus" lagi.
Jika saya berkesempatan dan diberikan Allah akan kekuatan untuk
mendirikan sekolah sains swasta dan boleh menerapkan sistem pendidikan
saya sendiri iaitu sistem penggilapan dan pengasahan bakat dan minat,
anti-exam,pro-kuiz saya itu pastilah Cikgu Halim antara individu awal
yang akan saya jemput untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah saya.
Saya akan menjejaki lagi beberapa teman-teman saya, adik-adik junior
saya yang genius dan yang giat mengkaji dan mencipta konsep-konsep baru
yang dianggap di luar kotak arus perdana dunia sains hari ini untuk
bersama-sama saya dalam merealisasi salah satu agenda pendidikan Yayasan
al-Razi yang ingin saya tubuhkan dan merupakan salah satu dari 3
cita-cita saya itu.
Saya menulis perihal Cikgu Halim kerana terbaca tulisan pengirim di
Utusan Online pagi ini yang menunjukkan sudah ada kesedaran dan
penghargaan di kalangan awam di Malaysia akan kelibat-kelibat ilmuwan
genius yang mereka sampahkan dulu. Terbukti, ilmuwan genius memang hanya
akan dihargai setelah dianggap beratus kali sebagai "gila", "*****" dan
"tak realiti" atau "tak berpijak di bumi nyata" oleh masyarakat. Ini
memang tamparan hebat buat kaum "realisme" dan kaum "common sense" yang
hanya suka mengikut arus dan gelombang biasa sahaja. Dan juga buat para
pentaksub "sillabus" dan "tauliah" yang hanya akan mengiktiraf seseorang
jika dia punya sijil dan ijazah dari sistem universiti dunia sahaja dan
tidak memandang pada intipati keilmuan sebenar. Padahal ramai di
kalangan saintis dunia era lampau malah cendikiawan islam zaman
kegemilangan islam,mereka bukanlah pakar-pakar keluaran universiti atau
pemegang sijil-sijil tauliah segala macam bagai.
KISAH 3
Pertama kali melihat seorang warga emas sedang menulis sesuatu di atas
white board bawaan sendiri dan dia dikelilinggi sejumlah ramai orang di
kaki lima hadapan Maydin berdekatan Masjid India, saya berasa terpegun.
Hati berkata "ada apa ni". Menariknya warga emas tersebut mengenakan
baju jubah dan mempunyai janggut juga berkopiah.. KAGUMM
Saya turut berhenti dan memerhati apa sebenarnya yang berlaku, malangnya
sebaik beberapa minit saya menjadi pemerhati, azan zohor berkumandang
dan dia pun menamatkan sessi pengajarannya. Sedih.
Semua orang kelihatan beredar, dan masa inilah saya rasakan masa yang
sesuai untuk saya menghampiri dia dan bertanya beberapa soalan
kepadanya..Bimbang jika tidak bertanya nanti tak dapat pula tidur
nyenyak kerana otak penuh tanda tanya. Apa lagi bila melihat kertas yang
tergantung di bajunya bertulis "Saya ketua Saintis Dunia".
"Assalamualaikum pakcik" saya memulakan bicara
"waalaikummussalam, nak beli ke?"
"emm apa dia ni pakcik"
"harga RM5 sahaja"
Pakcik tadi menghulurkan kepada saya senaskas buku ( buku yang hanya
difotostat mengunakan kertas f4 ). Saya meneliti buku tersebut..di dalam
hati saya tidak terdetik pun untuk membelinya pada awalnya.. Tetapi
perbualan antara saya belum terhenti. Atas rasa tanda tanya yang
berbalam-balam hingga menyesakkan otak menyebabkan nafas saya tersekat
menyebabkan saya terus bertanya.
Cerita pakcik itu yang memperkenalkan namanya sebagai Abdul Halim
Bustaman. Dia menghabiskan masanya mengkaji mengenai matematik hampir
seluruh hidupnya.
"adik ni belajar mana?"
"Universiti Malaya pakcik"
"oh..Fakulti mana dan jurusan apa?"
"akademi pengajian Islam jurusan Usuluddin"
"oh sekarang pakcik dengar dah ada yang ambil sains tetapi ambil agama juga kan?"
"ya pakcik..kat UM ada juga yang ambil jurusan sains gunaan dan pengajian Islam"
"oh..jadi nanti kelauar jd apa?"
"ikut merekalah..boleh jadi doktor dan sebagainya"
"jadi nanti akan lahirlah seorang doktor yang berpengetahuan agama"
Pakcik tersebut meneruskan bicara, bahawa Islam itu perlu diutama dalam
apa jua keadaan. Sains tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Dia juga
bercita-cita untuk membuka makmal yang diberi nama "labGod" iaitu
"makmal Tuhan"
"Pakcik apa yang pakcik buat ni sebenarnya pada saya mengambarkan satu
gambaran yang baik tentang Islam. Orang akan melihat bahawa Islam itu
maju kedepan tambahan lagi dengan penampilan pakcik yang macam ni"
Ujar saya kagum
"kita perlu memperlihatkan bahawa Islam itu bukan terorism. Walaupun
pakcik pakai macam ni, pakcik cuba membuktikan bahawa Islam itu bukan
terorism. Islam itu indah. Islam itu lengkap. Mengenai terorism pada
pakcik kalau kita betul-betul mahu berjuang pergilah ke Afghanistan atau
Palestin. Bukan membuat huru-hara di tempat yang aman. Itulah Islam
dianggap sebagai terorism. Macam yang kes Bali tu, itulah Islam dianggap
terorism. Islam perlu menguasai politik. Pada pakcik kerajaan perlu
bergabung dengan pakatan rakyat, duduk semeja dan fikirkan untuk Islam.
Baru Malaysia akan maju sebagai negara Islam."
Ujar pakcik dengan panjang lebar.
Setelah membayar wang sebanyak RM5, saya minta diri untuk beredar.
" Terimakasih Pakcik. Saya doakan semoga impian pakcik tercapai dan pakcik dimurahkan rezki.."
Sangat menarik..saya kagum sendiri. Tambah lagi apabila membelek buku
yang ada ditangan saya yang diselitkan dengan beberapa keratan akhbar
dan majalah mengenai beliau. Malahan hasil kajian beliau telahpun
diiktiraf oleh Pakar Otak Amerika Dr. Kenneth Weason. Beliau juga pernah
bertemu dan duduk berbincang mengenai kajian beliau dengan Profesor
Douglas Osheroff, pemenang Anugerah Nobel dan pakar Fizik dari
Universiti California. Hebatt.. Tidak habis lagi kekaguman saya pada
beliau.
Dugaan yang beliau hadapi bukan sedikit. Kerap kali beliau dikatakan
gila oleh mereka yang lalu lalang ketika beliau memberikan kuliahnya.
Tetapi kagumnya beliau tetap sabar dan tetap meneruskan usahanya dengan
niat bahawasanya apa yang dia lakukan adalah sedekah dan hanya
mengharapkan redha dan berkat Allah.
Alhamdulillah saya belajar sesuatu hari ini.. Dan buku ini akan saya
abadikan bukan sahaja sebagai buku bacaan tetapi juga sebagai sumber
inspirasi agar saya mampu berfikir di luar kotak pemikiran, kreatif dan
praktikal juga tabah dan cekal seperti Pakcik Saintis Abdul Halim
Bustaman, 55.
sumber fikrahnazifa.blogspot
UTUSAN: Kisah 'orang tak betul' mengenai pesawat angkasa
SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap
'tak betul' yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM
Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan
Angkasa - dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan
ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam
seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah
Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta
pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu
seramai 500 orang.
Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di
halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang
matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara
ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran
matematik dan fizik semasa.
Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh.
Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada
suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya -
mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.
Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah
beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian
ceramahnya, dia dianggap sebagai 'tidak betul' oleh masyarakat.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah
pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya
agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari 'orang tak betul' tu. Saya
tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa 'orang tak betul' itu mempunyai
kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.
Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, 'orang tak
betul itu' percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa
adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara
mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!
Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep 'orang tak
betul' inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa
canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane).
Jadi saya merumuskan, 'orang tak betul' itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.
Pada hari ini, 'orang tak betul' itu masih lagi menyampaikan ceramahnya
di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada
hari Ahad di sekitar Ipoh.
STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit 'penghargaan'
bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.
NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC )
MAHAGURU58: Guru Halim -Mathematical Genius on our streets or ?
Those of you who frequent the Jalan Masjid India or Masjid Jamek KL
areas would have come across this man with his loud hailer and portable
whiteboard and a marker in his hand, calling out to passerbys and ask
them to wait for a while as he scribbles some solutions to mathematical
problems using the left brain /right brain theory he puts forth as his
discovery!
Former Maths teacher Abdul Halim Bistamam, 52, is quite a sight with his
flowing jubah and sporting a kopiah and wispy beard, standing in the
blistering sun, trying to seek attention from Malaysians and foreigners
passing past his chosen spot of the day! A real character to behold!
Many hurry past the self-acclaimed 'Chief Scientist of the World'! Hehehehehe!..
What more after taking in the sight of his battered remnants of a
loudhailer that squeaks forth his 'maths lecture' to them no matter
whether there are people willing to stop for a while and be his
audience!
His sunburnt, weather beaten darkened face, breaks into a smile and
greets me as I approach him and ask him why he's exposing himself to the
scorching heat of Ramadhan's blistering midday sun?
He speaks eloquently contrary to the image of a man who has been too long in the sun so to speak!
He doesn't come across as a wacko or mentally inbalanced as one would
usually assume about someone who does what he is doing ; spending time
out there in the streets of KL, teaching mathematical solutions to
society who usually do not give a hoot about such knowledge except if it
is some artiste or glam icon out to waste their time listening to
hedonistic pursuits such as song and dance!
Despite his being sort of looked at as some sort of cracko out there on
the streets, Cikgu Halim takes it all in his stride and exhibits a
resolve, we would normally not see amidst us in society!
Is he a mathematical genius or among those we call as gone cuckoo?
Even Mastika, a popular local Malay version of Readers Digest saw fit to
publish an article about this phenomenon on our KL streets in their
December 2003 edition!
He keeps talking about using the right side of the brain to solve such
mathematical problems easily and so on. Many stop for a while to look at
him in action but as predicted, they'd sort of ponder for a few seconds
at the spectacle before them and then move on dismissing him as another
'weirdo' on the streets of Masjid India and Masjid Jamek areas of KL.
Is he a genius or another of those identifiable as among the 'confirmed
cases' roaming our streets of Kuala Lumpur? Wallahu 'alam bissawab!
AMIN AL-KALANTANI: Halim Bistamam
Semalam di Cabot, Shah Alam aku terjumpa dengan seorang insan yang
berjubah dan bekopiah. Dia sedang mengajar sesuatu. Di bajunya di
sangkutkan satu kertas, Saya ketua saintis dunia. Dalam kepalaku “Betul
ke pakcik ni?”.
Asalnya aku tidak berminat mendengar celotehnya. Aku pergi ke tempat
lain. Bila aku datang lagi sekali, wah semakin ramai penonton dan
merangkap pelajarnya. AKu berhenti sekejap. Cuba memberi masa untuk
mendengar.
Ohh…pakcik ni namanya Halim Bistamam. Sebelum ini tidak pernah aku
berjumpa lelaki seunik dengannya. Mengajar di jalanan. Walaupun yang
diajak hanya teknik mengenal sifir. Tetapi jauh yang aku belajar ialah ”
perbezaan antara kreatif dan logik”.
Aku membeli buku yang diphotosatnya. RM5. Bertajuk “
“Otak Kanan Melayu, Hebat!!” oleh : Ketua Saintis Dunia Abdul Halim bin Bistamam.
Hebat Orangnya!
KOSMO: Saintis Kaki Lima
Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
Sudah lapan tahun Abdul Halim memberi ceramah mengenai sains dan matematik di jalanan.
SEKALI imbas jika terserempak dengannya di ibu kota, kita pasti menyangka dia tidak lebih daripada seorang penjual ubat jalanan.
Lebih ekstrem, ramai mendakwa dia mungkin gila apabila melihat tulisan yang digayut di dadanya ‘Saya Ketua Saintis Dunia’.
Tapi bagi Abdul Halim Bistamam, biar apa pun gelaran diberi orang ramai,
dia tetap dengan caranya yang mengemukakan idea sains dan matematik
ciptaannya di jalanan.
Dengan berketayap dan berjubah, lelaki berusia 54 tahun itu sebenarnya
hampir lapan tahun memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kajian
dalam bidang sains dan matematik yang didakwanya sering dipandang
serong oleh masyarakat di negara ini.
“Saya bukan gila. Tujuan saya lakukan semua ini hanya untuk mendatangkan
minat kepada orang ramai mengenai ilmu matematik dan sains.
“Saya sudah lali dengan pandangan masyarakat yang memandang rendah pada
ilmu yang saya peroleh ini,” kata bapa kepada lapan orang anak berasal
dari Ipoh, Perak ini.
Menurut Abdul Halim, dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang
guru yang mengajar mata pelajaran matematik selama 10 tahun dan
kemudiannya berhenti menjadi guru dan mula membuat kajian terhadap
sistem pengajaran matematik. Sistem logik yang pernah dipopularkan oleh
Edward de Bono dari Universiti Oxford.
“Teknik dan kepakaran saya dalam bidang matematik diakui golongan cerdik
pandai tempatan mahupun luar negara. Malah, beri peluang pada saya
membentangkan kertas kerja di institusi pengajian tinggi dan
bertukar-tukar fikiran dengan mereka,” katanya.
Ujar penceramah ini lagi, kerjaya sebagai penceramah jalanan telah
dilakukan sejak lapan tahun lalu dan selama tempoh itu, Abdul Halim juga
mendakwa sudah mengelilingi semua daerah dalam negara untuk
menyampaikan hasil kajiannya itu.
“Saya akan berceramah di kaki lima antara 40 minit ke satu jam, kemudian
balik rumah anak-anak atau balik Ipoh terus. Sepanjang tempoh itu juga,
lebih 10,000 buah buku hasil kajiannya telah dijual,” katanya.
Apabila ditanya apakah impian yang ingin dicapai sebagai penceramah jalanan pada tahun baru ini, beliau dengan pantas membalas:
“Tahun depan saya beri ceramah di kota London. Pada masa ini saya cuma
menunggu untuk mendapat kebenaran berceramah di sana sahaja lagi,”
katanya.
Selain berazam ingin melahirkan lebih ramai pemikir Islam, Abdul Halim
juga berhasrat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi untuk bercerita sendiri pengalaman dirinya menjadi
penceramah jalanan dan kajian dilakukan.
Pada satu pertemuan di Kuala Lumpur, Abdul Halim sempat menunjukkan
beberapa helai sijil penyertaan dan penglibatan dalam beberapa siri
lawatan dan gambar ketika berjumpa dengan tokoh akademik yang disimpan
dalam kotak di atas troli yang digunanya membawa papan putih ketika
memberi ceramah.
JIWA NAGA: Saya Ketua Saintis Dunia
Hari ini saya dalam perjalanan menuju ke Bangi. Kebetulan saya bertemu
dengan seorang pak cik berserban dan berjubah seperti seorang pendakwah
sedang bersungguh-sungguh mengajar ilmu matematik di jalanan. Namanya
Abdul Halim Bistamam. Di dadanya tergantung kertas bersaiz A4 yang
tertulis (cetakan tulisan komputer), "Saya Ketua Saintis Dunia". Pada
troli yang dibawanya pula tertampal satu lagi kertas bersaiz A4 bertulis
"Saya Beruntung Kerana Tidak Masuk Ke Universiti."
Tertarik mendengar kuliahnya, saya berhenti seketika dan melihat logik
dan rasionalnya. Bukan sebarangan orang, nampaknya pak cik ini adalah
contoh aktivis intelektual yang lahir tanpa pengiktirafan Master atau
Doktor Falsafah dari mana-mana universiti.
Bagaikan tidak sah blog "Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir" jika tidak
diletakkan entri khas untuk En. Abdul Halim Bistamam ini. Ternyata apa
yang diajarkannya ada benarnya. Namun ia lebih khusus kepada Matematik
tahap asas. Saya tidak melihat ajarannya itu melibatkan proses-proses
pemikiran logik Matematik peringkat universiti.
Walau bagaimana pun teknik yang dikemukakan oleh En. Abdul Halim
Bistamam adalah sangat menarik. Kaedah-kaedah beliau membuktikan
bagaimana praktiknya otak kanan - kreativiti, yang secara umumnya
menjadi milik orang-orang sastera, dalam bidang matematik.
Saya juga tertarik dengan penemuannya mengenai pendaraban nombor
sehingga berdigit-digit dengan menggunakan kaedah pengiraan yang
diperolehi menerusi pengkajiannya terhadap corak rangka yang terdapat
pada daun.
Saya berharap agar dapat menemuinya lagi pada masa akan datang. Mungkin
bukan sekadar pendengar kuliahnya, tetapi sebagai rakan untuk
berbincang. Saya ingin melihat bagaimana aplikasi otak kanak untuk
subjek-subjek Matematik peringkat tinggi seperti Penyelidikan Operasi,
Statistik, Kalkulus, Vektor, Analisis Nyata, Analisis Berangka, Teori
Set dan Mantik.
RAUSYANFIKIR: rempah ratus cuti hujung minggu
Ah terlupa nak cerita pengalaman menarik. Sebelum saya berhenti membeli
majalah di tepi MYDIN, sempat saya bertenggek sebentar di hadapan Masjid
India mendengar ceramah akademik yang disampaikan oleh pakcik berjubah
biru.
Sudah maklum bahawa ruang kosong kaki lima di hadapan Masjid India
selalu menghidangkan pelbagai ragam manusia yang berceramah mengenai
pelbagai hal. Kali ini saya terserempak dengan pakcik yang menggelar
dirinya sebagai ‘KETUA SAINTIS DUNIA’. Sekilas pandang rasa macam pakcik
ini orang kurang siuman. Tapi ternyata tidak. Ternyata beliau unik.
“Orang melayu kena guna otak kanan dalam belajar Matematik!” Jelasnya kepada para pendengar.
Beliau melakukan demonstrasi matematik yang unik dan kreatif di hadapan
khalayak ramai. Setelah selesai menerangkan satu contoh soalan berserta
penyelesaian, beliau menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin
memiliki set naskah ringkas catatan yang beliau tulis untuk memahami
teknik yang beliau paparkan sebentar tadi. Saya membelinya dengan harga
RM5.
Ternyata pakcik yang bernama Abdul Halim Bistamam ini bukanlah orang
gila. Beliau merupakan bekas guru matematik di beberapa buah sekolah
beberapa ketika dahulu seperti yang tercatat dalam dokumen RM 5 yang
saya beli. Lampiran gambar bersama beberapa tokoh akademik luar negara
turut dimuatkan dalam dokumen tersebut dalam warna hitam putih fotostat.
Beliau menegaskan dalam ceramah ringkas yang disampaikan bahawa kita
Orang Melayu kurang menggunakan bahagian otak kanan dalam kehidupan
seharian. Demonstrasi penyelesaian masalah matematik yang ditulis pada
papan putih itu diselesaikan menggunakan cara yang kreatif yang saya
kira, menggunakan kekuatan yang lebih di bahagian otak kanan beliau.
Jikalau direnung secara mendalam, memang betul apa yang dicakap oleh
Pakcik Halim itu. Sistem pendidikan kita dari sekolah hinggalah di
universiti didominasi dengan bahagian otak kiri dalam penyampaian ilmu
serta penyelesaian masalah. Maka tidak hairanlah anak-anak muda kita
tidak kritikal dalam menilai masalah yang ada kerana sudah terbiasa
disuap dan mengikut aturan yang ada. Bagi yang jenis memberontak dan
kreatif, selalunya akan dianggap ganjil dan tidak pandai.
Jauh sekali jikalau hendak dibandingkan dengan pendidikan yang
dicorakkan di Barat yang begitu menekankan pendekatan yang lebih
holisitik. Sampai sekarang saya masih tidak berpuas hati melihat kualiti
mahasiswa UTP yang kononnya dicanang sebagai well rounded hakikatnya
indah khabar dari rupa. Rata-rata mahasiswa UTP tidak ubah seperti mesin
peperiksaan yang saban hari menghitung GPA dan CGPA dalam kotak minda
akademik masing-masing.
Ternyata saya tidak dan tak akan meletakkan diri saya sama seperti
rakan-rakan yang senantiasa mendapat anugerah dekan. Serius, bukan saya
cemburu cuma rasa proses pendidikan yang saya cari jauh lebih penting
daripada sekadar ingin memuaskan hati pihak sponsor dan pihak universiti
secara taqlid. Bagi saya, falsafah pendidikan yang saya pasakkan
sepanjang 2 tahun lepas selepas mengalami kesedaran intelek adalah
‘belajar untuk mencari Kebenaran’.
Moga-moga Pakcik Halim diberkati Allah atas usahanya yang mungkin nampak
remeh di mata orang awam tetapi jikalau direnung dalam lembaran
sejarah, kegiatan sebegini merupakan satu budaya di zaman tamadun
Abassiah di mana para intelektual dan ilmuan berkumpul bersama orang
awam di tempat terbuka bagi menjalankan diskusi berkaitan penemuan baru
dalam kajian mereka ataupun sekadar mencetus pemikiran dan budaya
cintakan ilmu dalam jiwa masyarakat am.
terima kasih pakcik.
No comments:
Post a Comment