Bile tengok lama lama rasa gerun lak.
Pelukis : Leonardo da Vinci
Tahun : 1503-1519 (16 tahun baru siap lukis potret nih. paling lama nak lukis bahagian mulut/senyuman)
Jenis: Oil on poplar
Size : 77cm X 53cm
Nilai : US768M (RM2.53 billion)
Senyuman agung yang dapat memikat banyak interpretasi, teori, polemik,
filem, lagu, puisi dan juga parodi. Sementara si pemberi senyuman itu
mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja dan tidak memiliki maksud apapun
dari senyumannya itu kerana dia hanya terpaku secara keseorangan sahaja
di dinding Museum Louvre, Perancis. Itulah senyum Monalisa, sebuah
ekspresi dari lukisan/potret karya agung Leonardo da Vinci.
Lukisan ini sudah berusia lebih dari 500 tahun. Ianya masih lagi dalam
keadaan baik. Ia juga pernah dicuri pada 21 August 1911 semasa
dipamerkan di Musée du Louvre, Paris.
Lukisan Mona Lisa sehingga sekarang ini dipercayai merupakan karya seni
yang paling banyak dilihat di seluruh dunia. Memang tak dapat dinafikan
lagi bahawa potret ini telah disalin serta dicetak sehingga berjuta-juta
dan diedarkan di seluruh dunia.Lukisan aslinya itu telah dipamerkan di
Muzium Lourve yang mana muzium tersebut dikunjungi oleh beribu-ribu
pengunjung yang datang setiap hari.
Sejarah asal usul Monalisa
1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri
kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa
bermaksud Madam Lisa.
2. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model
kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai
Caterina.
3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa
dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia
berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji
teknik melukis wajah seseorang.
4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari
Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo
sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori itu diperoleh apabila Schwartz
menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati
bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari.
Fakta Unik mengenai potret Monalisa
1. Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21
Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja
muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
3. Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan
lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai
sastera serta seni kreatif lain.
4. Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas
kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
5.Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah
pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya
juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
6. Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai
hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah
dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung
kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan
rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang
tidak memiliki sopan santun.
5. Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
Misteri senyuman Monalisa
1. Identiti Monalisa itu sendiri.
2. Riak wajah Monalisa.
3. Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun
penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk
menafsirkan makna senyuman tersebut.
6. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 77cm lebar dan 53cm
panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat
(kalis peluru) di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat
dari seluruh dunia mengunjungi Musée du Louvre (muzium), Paris, Perancis
semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma
itu.
terima kasih
No comments:
Post a Comment