Friday, 22 February 2013

Kisah Kesultanan Sulu MEMAJAK SABAH kepada Malaysia.






Pada 09hb (kelmarin) YM Datu Albi Ahmad Julkarnain (gambar) yang menjawat Pengerusi Rumah Bichara (Council of Regents) Sultanate of Sulu dan Pengerusi Majlis Datu Diraja Sulu (Council of Royal Datus) telah memaklumkan kepada penulis bahawa dokumen penting telah beliau emailkan seperti yang penulis minta beberapa minggu lalu.

Dokumen tersebut beliau dapat dari pejabat Gobernor Abdul Sakur Tan di Jolo, Sulu setelah pertemuan ringkas mereka. Isunya ialah berkenaan wang hasil Pajakan Sabah. Untuk menjelaskan hal ini penulis perlu memberitahu pada pembaca blog sekalian bahawa, penulis tidak bermaksud memaparkan dokumen ini kerana ingin menunjuk-nunjuk bukti terhadap Pajakan Sabah seingga menyebabkan rasa kurang senang rakyat dan kerajaan Malaysia.

Hal ini telah pun penulis singgung dalam buku "Tausug & Kesultanan Sulu" dalam bab Pajakan Sabah termasuk surat perjanjian yang turut disertakan. Pendirian penulis sama dengan apa yang tertulis dalam buku tersebut iaitu "Sabah tetap masih dalam PAJAKAN" yang sekarang selamat dalam tangan Malaysia. Tausug lebih suka Sabah berada dalam tangan Malaysia berbanding jatuh ke tangan Filipina. Itulah pendirian penulis hingga saat ini.


KEKELIRUAN TERHADAP "WANG PAJAKAN SABAH"
Berikut adalah penjelasan penulis yang mungkin boleh diambil sebagai maklumat penting kepada Kerajaan Malaysia. Dokumen ini terpaksa didedahkan di blog ini kerana penulis menganggap bukanlah satu rahsia. Sahabat-sahabat wartawan di Kuala Lumpur bolehlah menyimpan dalam arkib mereka. Banyak lagi dokumen lain yang ada di tangan penulis dan YM Datu Albi salah satunya ialah dokumen ini.

Terdapat kekeliruan yang perlu diperjelaskan berkenaan "Pajakan Sabah" iaitu,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Manakala Malaysia hanya memajaknya? Apa buktinya?
Kiranya benar masih tetap Pajak, kepada siapa Malaysia membayar sewanya? Kepada Kesultanan Sulu atau kepada "waris" Kesultanan Sulu?
Kalau sewa dibayar kepada waris siapakah waris tersebut?

Penjelasan,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Jawapannya ada dalam buku penulis "Tausug & Kesultanan Sulu". Segala bukti ada di sana termasuk salinan surat perjanjian 1878. Rasanya penulis tidak akan menjawapnya di ruangan blog ini.

Bukti pembayaran pajakan ada dalam web site Sultan Fuad di www.royalsulu.com. Membuktikan pembayaran pajakan Sabah oleh Kerajaan Malaysia masih berterusan. Di sini penulis ada beberapa persoalan yang perlu dijawap, persoalan ini rangkanya ada dalam buku "Tausug",
Benarkah "Wang Pajakan" itu dianggap "Pampasan" bukannya sebagai wang sewa?
Sekiranya Peguam Negara Malaysia mengatakan "Pampasan" mengapa dibayar setiap tahun? Sedangkan pampasan ialah dibayar sekali sahaja (Lum-Sum) bukannya dibayar setiap tahun. Dan kalau juga dianggap sebagai "Pampasan" kemungkinan akibatnya adalah besar kerana terdapat laporan Sultan Muhammad Jamalul Alam menyebutnya "sewa" bukannya "pampasan" (ruj: Tausug & Kesultanan Sulu dalam bab Sebelum dan Selepas Pajakan North Borneo).

Istilah "pampasan" tidak boleh diletak oleh kerajaan Malaysia terhadap Pajakan Sabah. Ianya tidak tepat sama sekali. Kecualilah ianya dianggap sebagai "Pampasan" kepada keluarga Sultan Jamalul Alam untuk mereka "menutup mulut".

Penulis berkeyakinan bahawa Malaysia menurut sahaja "maksud" sebenar Hakim Makaskie pada 1939 iaitu "menutup mulut" keluarga Sultan Muhammad Jamalul Kiram II dari menuntut North Borneo ketika itu. Sekiranya kita perhalusi adalah benar ianya bermaksud "pampasan" bukannya wang sewa seperti yang dimaksudkan dalam perjanjian Pajakan 1878. Nampaknya yang memulakan "pengalihan maksud" sebenar pajakan ialah Hakim Makaskie sendiri.

Mengapa ianya bermaksud "pampasan"? Penjelasannya amatlah mudah iaitu Pampasan dan Pajakan (sewa) mempunyai konotasi yang berbeza. Perbezaannya ada dalam istilah "Kesultanan Sulu" dan "Waris Sultan Sulu". Pajakan North Borneo telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad Jamalul Alam dengan Alfred Dent de Over Beck iaitu antara "penyewa tanah" dan pemiliknya "Sultanate of Sulu" (Kerajaan Sulu) yang diwakili Sultan ketika itu. Inilah yang dikatakan Pajakan.


Tetapi adalah berbeza sekiranya yang diberi hak menyambung penerimaan wang "Pajakan" itu ialah individu (9 waris Sultan) bukan lagi Kerajaan Sulu. Diulang sekali lagi BUKAN LAGI KERAJAAN SULU. Maka tidak sesuai lagi diletak dengan istilah "pajakan" maka istilah yang lebih sesuai adalah "pampasan". Nampaknya Malaysia benar dalam meletak istilah "pampasan" kepada penerima wang keluarga Kiram tersebut. Namun ianya masih keliru, kerana tiada istilah "pampasan" yang dibayar setiap tahun atau bulan kecuali dengan nama "sewa".

Pampasan membawa maksud "pemutusan perjanjian dengan bayaran tertentu sekali bayar" bukannya "berkali-kali bayar". Seorang pekerja yang diberi tawaran berhenti kerja oleh majikannya telah bersetuju untuk berhenti kerja dengan bayaran tertentu secara "lum-sum" yakni sekali bayar sahaja.


KENYATAAN YANG BENAR
Sebenarnya Malaysia "boleh" tidak membayar sekiranya ia melibatkan "Kesultanan Sulu". Kesultanan Sulu atau "Sultanate of Sulu" bermaksud Kerajaan Sulu yang terdiri dari rakyat jelata dan pemimpinnya iaitu Sultan. Ikatan ini disebut "Sultanate of Sulu". Ia tidak perlu dibayar kerana Kerajaan Sulu sudah hilang maka secara semula jadi "pajakan" juga hilang.

Oleh kerana konteks Hakim Makaskie ialah "Waris Sultan" lantaran pampasan telah diberi kepada waris-waris Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bukannya kepada Kerajaan Sulu sendiri, maka kerajaan Malaysia juga "wajib" meneruskan pembayaran "pampasan" oleh Hakim Makaskie kepada waris tersebut. Adalah kerana telah diputuskan oleh mahkamah British di North Borneo ketika itu. Sebarang kegagalan Malaysia membayarnya akan mengakibatkan 9 waris Sultan Sulu itu mendakwa Kerajaan Malaysia di Mahkamah pada bila-bila masa.

Berkenaan hal ini YM Datu Albi Ahmad Julkarnain mempunyai pandangannya sendiri dari sudut Majlis Datu Diraja Sulu (Council of Royal Datus). Sebulan yang lalu beliau telah dipanggil oleh Gobernor Abdul Sakur Tan ke pejabatnya di Jolo, Sulu kerana ada berita menarik yang perlu disampaikan. Sesampai di pejabat tersebut Abdul Sakur telah menunjukkan kepada Datu Albi dua helai surat yang beliau dakwa "surat kepada kerajaan Malaysia menuntut naikkan harga bayaran sewa Pajakan Sabah". Beliau juga mendakwa baru balik dari North Borneo berbincang dengan wakil kerajaan Malaysia.

YM Datu Albi terkejut lalu bertanya siapa yang arahkan Abdul Sakur buat surat itu dan pergi jumpa kerajaan Malaysia? Abdul Sakur memberi tahu bahawa yang suruh beliau ialah Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan. Datu Albi dengan nada kecewa berkata,

"Siapa Esmail? Wakil kepada 9 waris keluarga kiram? Adakah mereka fikir mereka sahaja "waris Sultan Sulu" manakala beribu-ribu waris Sultan yang lain tidak? Kami dari Majlis Para Datu menentang pembayaran Malaysia terhadap 9 Waris ini. Mana mungkin waris sultan hanya 9 orang? Mereka ini penjual negara, jangankan negara yang mereka tidak jual, tanah kubur tempat ayahanda mereka bersemadi pun mereka mahu jual."

YM Datu Albi berkata kepada penulis bahawa Esmail Kiram telah diarahkan oleh Kerajaan Filipina mengugut Malaysia untuk menambahkan bayaran wang pajakan Sabah. Fuad dan Esmail menurut Datu Albi tidak mungkin berjuang untuk rakyat bangsa, negara dan agama tercinta bersama Tausug, kecuali mahukan habuan wang dan kesenangan hidup sahaja.

Berkenaan hal ini YM Datu Albi berhajat ke Kuala Lumpur untuk lawatan silaturrahim bertemu sahabat-sahabat beliau kemudian beliau kemungkinan ke Sandakan untuk melawat keluarganya yang ramai terutama di Sandakan. Datu Albi memaklumkan bahawa ayahanda beliau sebenarnya dilahirkan di Sandakan.


 Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.

Jika kita bandingkan Brunei & Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya. Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei? Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah & Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia.

Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.


Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia? Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-




Jika dokumen bayaran diatas & dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah.


Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah? atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan




Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.

Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkanoleh British bagi membangunkan negara mereka.




Jika benar kedutaan masih terus membayar "fees" kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Jika rujuk kenyataan Kesultanan Sulu jelas menunjukkan sejarah yang tersurat dan bagaimana Sabah jatuh ke tangan Malaysia.



Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar kadar "fees" yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.

Tragedi Pulau Batu Putih masih segar dalam ingatan kita dan akhirnya Malaysia berputih mata melihat hilanganya Pulau Batu Putih dari Peta Malaysia.


Adakah Malaysia juga akan akhirnya hilang pemilikan Sabah dan terkeluar Sabah dari peta Malaysia.?





Pada saat diumumkan Sabah bukan milik Malaysia, adakah Menteri BAGGHAL atau wakil kerajaan bakal mengeluarkan kenyataan yang sama seperti isu Pulau Batu Putih:-

"Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang"



**
Cession - In international law it commonly refers to land transferred by treaty.

Sebab itulah ada bayaran duit dibuat oleh kerajaan Malaysia kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini. Dalam perjanjian yang mereka buat pasti ada klaus yang mensyaratkan Malaysia memberi ganjaran kewangan setiap tahun sebagai salah satu syarat untuk 'pertukaran hak milik tanah/wilayah Sabah itu dari Kesultanan Sulu kepada kerajaan Malaysia'.

Maka secara de facto, Sabah adalah milik Malaysia berdasarkan perjanjian tersebut dan Malaysia mematuhi syarat perjanjian dengan membayar sejumlah wang sebagai ganjaran. Law term ni kadang-kadang pusing sana sini tapi maksudnya simple saja.

Perjanjian tersebut sebenarnya dibuat antara British dan Kesultanan Sulu. Malaysia hanya menyambung tanggungjawab British atas faktor Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia.

Tambahan lagi,

Madrid Protocol

The Sulu Sultanate later came under the control of Spain in Manila. In 1885, Great Britain, Germany and Spain signed the Madrid Protocol to cement Spanish influence over the islands of the Philippines. In the same agreement, Spain relinquished all claim to North Borneo which had belong to the Sultanate in the past.[11]
The Spanish Government renounces, as far as regards the British Government, all claims of sovereignty over the territories of the continent of Borneo, which belong, or which have belonged in the past to the Sultan of Sulu (Jolo), and which comprise the neighbouring islands of Balambangan, Banguey, and Malawali, as well as all those comprised within a zone of three maritime leagues from the coast, and which form part of the territories administered by the Company styled the “British North Borneo Company.”
—Article III, Madrid Protocol of 1885

Keputusan Mahkamah Antarabangsa mengenai Sipadan dan Ligitan serta Tuntutan Filipina,

Para 1. It is this: historic title, no matter how persuasively claimed on the basis of old legal instruments and exercises of authority, cannot - except in the most extraordinary circumstances - prevail in law over the rights of non-self-governing people to claim independence and establish their sovereignty through the exercise of bona fide self-determination.

Para 15. Accordingly, in light of the clear exercise by the people of North Borneo of their right to self-determination, it cannot matter whether this Court, in any interpretation it might give to any historic instrument or efficacy, sustains or not the Philippines claim to historic title. Modern international law does not recognize the survival of a right of sovereignty based solely on historic title; not, in any event, after an exercise of self-determination conducted in accordance with the requisites of international law, the bona fides of which has received international recognition by the political organs of the United Nations. Against this, historic claims and feudal pre-colonial titles are mere relics of another international legal era, one that ended with the setting of the sun on the age of colonial imperium.

Para 16. The lands and people claimed by the Philippines formerly constituted most of an integral British dependency. In accordance with the law pertaining to decolonization, its population exercised their right of self-determination. What remains is no mere boundary dispute. It is an attempt to keep alive a right to reverse the free and fair decision taken almost 40 years ago by the people of North Borneo in the exercise of their legal right to self-determination. The Court cannot be a witting party to that.

No comments:

Post a Comment